fbpx

Langganan dan Bil

Semasa pendaftaran pakej internet Maxis Fibre, anda akan menerima:

  • Modem WiFi kediaman(1 unit)
  • Welcome kit
  • Kredit panggilan percuma tanpa had ke mana-mana talian tetap tempatan dan nombor mudah alih untuk pakej RM189, RM219 & RM299
  • Panggilan percuma tanpa had ke talian tetap Maxis

Tiada deposit dikenakan untuk warganegara Malaysia . walaubagaimanapun, deposit sebanyak RM500 akan dikenakan kepada Bukan warganegara Malaysia.

Tiada bayaran pendahuluan yang dikenakan. Buat masa sekarang, yuran pemasangan sebanyak RM200 diketepikan sehingga diberitahu.

Tempoh kontrak untuk pakej internet Maxis Fibre ialah 24 bulan.

Pemasangan

Pemasangan ‘standard’ meliputi sambungan(luar rumah) dari panel Distribution Fibre terdekat dan sambungan(dalam rumah) dari Termination Box ke Access Termination Box. pemasangan yang disediakan adalah mengikut spesifikasi ‘standard’( di dinding dengan klip atau penutup kabel). Sekiranya, anda memerlukan pemasangan di atas siling, saluran bawah tanah, pendawaian tersembunyi dan sebagainya, caj tambahan akan ditanggung oleh anda.

Yuran pemasangan ‘standard’ sebanyak RM200. Untuk masa sekarang, yuran pemasangan biasa sebanyak RM200 tidak akan dikenakan. Kos pemasangan hanya yang rumit atau mengikut kehendak pelanggan. Sila rujuk bawah untuk caj pemasangan bukan ‘standard’.

Penggerudian berlaku bergantung kepada struktur premise anda. Kebiasaannya penggerudian dilakukan untuk menyambung fibre internet Maxis dengan premise anda. Jika penggerudian perlu dilakukan, pemasangan akan menjelaskan kaedah penggerudian dan anda perlu menampung kos pemasangan berdasarkan reka bentuk pengerudian. Bayaran mesti dibuat kepada pemasang setelah selesai pemasangan.

Penalti sebanyak RM200 akan dikenakan jika anda memaklumkan untuk menjadualkan semula tarikh pemasangan dalam tempoh 3 hari dari tarikh pemasangan.

Proses pemasangan akan mengambil masa lebih kurang 6-7 jam. Anda akan terima panggilan dari kami dalam 7 hari selepas pendaftaran untuk mengesahkan tarikh dan masa pemasangan.

Check
Coverage